Thursday, January 1, 2009

HOMEMADE PANCAKE


Resepi asal dari kak nisa singapore, thanks sedap bangat!!!!

HOMEMADE PANCAKE

Bahan-bahan ( 3/4 org makan )

1 biji telur
3 tbsp (45ml) butter, dicairkan & ketepikan hingga sejuk
1 cwn (225ml) tepung gandum serbaguna
1 tbsp (15ml) gula
1/2 tsp garam
1 cwn (225ml) buttermilk*
*jika tiada buttermilk boleh diganti pada 1 cwn susu segar dicampur dgn 1 1/3 sbsr cream of tartar. Tunggu 5-10 min hingga hasilnya menjadi berbentil2.
1 tsp baking soda

Cara-cara ;

Di dalam mangkuk, pukul telur & butter yang telah sejuk pada suhu bilik.
Ayak tepung, baking soda bersama & campurkan bersama gula & garam.
Campurkan bahan kering tadi bersama telur & butter yang telah dipukul. Gaul rata.
Tambahkan pula buttermilk atau campuran susu segar tadi & kacau lagi hingga tidak berbentil2. Panaskan kuali yang leper & tuangkan agak sesenduk kecil keatas. Biarkan ia berbuih di tepi2annya sebelum membalikkan.