Friday, February 27, 2009

BEST EVER MUFFIN


muffin beralaskan sehelai kain ... lepas ni kek beralaskan surat khbar pulak..

buat muffin ni sebab terpegun tengok gambar muffin suzi nun jauh di australia tu.. adoii hai tak tahan yatt!!!!.. pastu ramai lagi kekawan yang buat macam-macam muffin blog moi , fiza, k.ina, k.zai, mamafami, kak D, ana n blog k.ummi.. semuayer muffin..muffin!!! takleh jadi... berjangkit niii... tapi untuk yatt resepi muffin ni persediaan yer simple ambik kat blog suzi ...mudah nak buat ..kelim-kelim mata dah siap.. muffin ni yatt campur coklat sebab anak yatt, carl suka coklat.. anak sapa yang tak suka coklat kan.""..hehhehee

BEST EVER MUFFIN

Bahan-bahan;

2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
* 3 sudu besar serbuk koko*

Cara-cara;

Panaskan ketuhar pada suhu 170’C. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.

option;

Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar.
Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang.
Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang.
Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.

7 comments:

Jiya said...

sib baik tadak ulat bulu kat daun tu. kalo idak boleh posing sama ngan muffin. akekekekeke

QiStinA's said...

alah yatt... gmbr tu ttp menarik wpun beralaskan kain... yatt.. gebu muffin tu... masa pi blog suzi mmg dah masuk list nie nak buat...he.he

ain said...

present atas kain pun still nmpak cantik..as long as u creative, atas surat kabar lama pun gtee akan nmpak lawa..

princessharyati said...

jiya.. kita mau makn giouk ke?..nnti kamik hantarkan..kt johor tu hahhahah
moi-tuler pasai skrg musim muffin semua blog ada muffin.. muffin gunung kinabalu hahhaa..
ain-thks for yur support.. share resepi , share hobby one of part yatt activiti.. harap kekawan pun terhibur kan..kan ain

hanieliza said...

salam...
kakliza pn nak cuba la...
tapi kakliza nak cuba buat muffin kopi sbb akak ni fanatik kopi sikit...

Suzi said...

wah dah buat muffin dah....
pandai muffin tu posing kat celah2 dedaun tu...nampak menawan...hihihi

princessharyati said...

k.liza ni antu coffee yek.. macam tu mmg boleh duduk finland sb org sni antu coffee haruman coffee dia mmg power dan mcm2 jenis coffee diorg ada taw k.liza.
suzi- waahhh yatt dah terikut2 nii.. tak tahan tgk suzi punya muffin gemuk suzi tu