Tuesday, February 24, 2009

MEE PANGSIT



terpegun dengan masakan cik mat gebu 3 hari lepas, yatt semalam buat ni .. dah lama dok teringat-ingat last-last dapat gak buat....memang sedap..

MEE PANGSIT

Bahan-bahan (untuk kuah);

400 g ayam, potong kecil
8 - 10 biji bebola ikan
3 - 4 batang crab stick
1 batang saleri, dihiris kasar
1 kiub ayam "Maggi"
*6 biji bawang merah
*6 ulas bawang putih
*6 biji buah keras
*1 camca besar lada sulah
*2 inci halia
*(*dikisar halus)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan lain ;

Mee kuning secukupnya
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap
Cili jeruk
Tauhu, digoreng dan hiris

Cara-caranya;

UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak, masukk ayam dan gaul rata. Tuang air (anggaran 1500 ml), kiub ayam dan juga saleri, masak dengan api besar hingga mendidih, kemudian kecilkan api, biar mendidih perlahan. Tambah bebola ikan/ayam dan crab stick, masukkan garam secukup rasa dan biar mendidih sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
UNTUK MEE PANGSIT :- Masukkan mee dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali. Tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng, tauhu hiris dan hidangkan bersama cili jeruk atau pun sambal kicap. Makan selagi hangat

7 comments:

ain said...

mee pangsit..??1st time dengar ni. nak kena cuba ni.

anawahid said...

yattt.... hus dh balik ka msk mee arini...hehehe

princessharyati said...

ain-yatt pun pestime try ni rasa mcm mee sup skit2
ana-hus kursus 2 minggu.. resepi tak gempak sebab tukang makan takde haa...

Jiya said...

cam sedap jerr.. poooooooooooosssssssssssssssssssssssss!! akekekeke! x pa.. jiya jadik tukang makan. kikikiki!

My Kids Stories said...

takut pulak tengok nama pangsit tu.. apa ke maknanya?

aisyah,cikwan,pert said...

shoutbox problem kan yat, samala kt page saya, 1 hari harini xde rupa..khihkhikk...mi pangsit dr johor dh sampai rumah u eik..

dhiya83 said...

sedap ni....mesti cuba