Monday, June 8, 2009

NASI MANDI



yatt ini telah giler bunga-bunga lagi, asyik tangkap gambar bunga dan tanam bunga.. tapi yatt pelik.. yatt tabur biji cili kering tak tumbuh-tumbuh lak sampai sekarang heran sungguh...
nasi mandi ini dah lama buat, ada tulis resepi tapi tak tahu letak kat mana nanti yatt cari , resepi yang yatt masak tak sama dengan nasi mandi kat mekah but.. ayam kat dalam nasi mandi yang yatt buat ini lembut tau.. nanti yatt kasi resepi kat u all.
menyediakan nasi mandi ni u all kene masak ayam dulu lepas tu u all potong 4 ayam tu kemudian letak ayam tu semasa nak kukus nasi tu.
resepi NASI MANDI
4 cwn beras panjang di basuh dan sejatkan
4 cwn santan
1 biji bawang besar di hiris halus
3 ulas bawang putih di cincang halus
1 1/2 inci halia di hiris halus
buah pelaga
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
daun kari
2 biji tomato di cincang halus
2 sudu serbuk kurma ayam
2 sudu serbuk kari ayam
1/2 cwn air
garam
gula
daun ketumbar di cincang halus
bawang goreng
telur rebus
4 sudu besar minyak sapi- panaskan minyak sapi, tumis rempah ratus bersama bawang merah, halia dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan rempah kari dan kurma, gaulkan kemudian cepat-cepat masukkan 1/2 cwn air. Masukkan tomato, garam gula, kemudian masukkan beras goreng sebentar kemudian masukkan santan, masak sehingga dalam 8-10 minit masak agak-agak nak kering , masukkan di dalam periuk kukus yang telah mendidih, selang selikan bersama ayam tadi dan tabur daun ketumbar di atas, kukus nasi ini selama 45 minit. Dalam 15 minit sekali u all buka tudung periuk kukus renjis jus dari bakar ayam di atas nasi. last , u all boleh letak telur rebus dan bawang goreng di atas nasi mandi tu.
untuk ayam;
ayam ini hendaklah di bakar dahulu selama 40-45 jam dengan suhu 200'C (ayam mesti di bungkus dalam aluminium foil buat mcm beg sebab nanti nak ambil jus tu untuk renjis atas nasi)
seekor ayam
1 biji bawang merah blend
1 halia blend
1 sudu serbuk kurma
1 sudu serbuk kari ayam
2 sudu sos tomato or tomato puri
lada hitam sebiji tu letak dalam 5-8 biji
garam
gula
lumurkan semua bahan pada ayam kemudian bakar.

5 comments:

Suzi said...

salam yatt, baru tahu pasal nasi mandi ni...hihiih. tunggu resepi, kalau senang blh try.

Anonymous said...

samalah yatt...pertama kali gak dengar nasi mandi ni...pasti sedapkan????

ain said...

kita tunggu resipiiiiiiiiii!!!

princessharyati said...

suzi- nasi mandi ni sgt popular di tanahair arab- kuwait, iran, mekah, dubai dan sewaktu denganya ;)
ima- i will
ain- ok dear

kucingorengemok said...

salam... tak sabar tunggu resepi. selama ni search kat net byk yg orang arab tulis, mcm tak paham je kaedahnya, hehe :)