Tuesday, August 11, 2009

SUP SARAWAK



yang buatkan sup ni lain dari yang lain ialah bunga kantan tu.. harum nya semerbak.. rasa ada kelainan sesiapa yang takde anak kecik tu boleh buh serbuk lada hitam banyak2 . mula-mula yatt makan dengan nasi putih lepas tu tak puas.. makan pulak dengan bihun + sup sedap.. thanks intan. intan nilah yang ajar buat sup sarawak ni.. walaupun my friend ini bukan orang sarawak.
SUP SARAWAK ( serius DELICIOUS!)

Bahan-bahan;

3 ulas bawang putih blend dgn halia
1 inci halia

1 biji bawang besar di blend asing
ayam
kiub ayam
bunga kantan di rincit halus
kentang
daun bawang rincit halus
serbuk lada hitam
garam

panaskan minyak tumis bawang putih n halia, goreng hingga kekuningan kemudian masukkan bawang merah, goreng hingga sebati kemudian masukkan air secukupnya , kiub ayam, bunga kantan, serbuk lada hitam, ayam. Tunggu sehingga mendidih masukkan kentang, setelah kentang lembut masukkan garam dan daun bawang. siap sedap taw.

5 comments:

ain said...

hmmm...sup ada bunga kantan. musti rasa dier lain dr sup2 biasa. boleh masuk list la.

princessharyati said...

betul2 ain.. lain betul rasa sedap.. u kene cuba ni.

Jiya said...

fuhhh jauhnya sup ni merantau. dari sarawak sampai ke finland. hehehehe...

Suzi said...

teringin juga nak buat...mana nak cari bunga kantan ni....moga2 ada rezeki hari minggu ni...

ima said...

wah...sup serawak!!!pasti sedap dan menyelerakan...ima pun mesti cuba ni...