Wednesday, April 25, 2007

COFFEE CHEESECAKE STICK

Coffee cheesecake stick by nonaharyati;

Bahan-bahan;

210g cream cheese
45g butter
60g gula halus
3 biji telur kuning
6 sudu besar fresh cream/whipping cream
6 sudu kecil corn starch/ tepung jagung
2 sudu kecil
instant coffee
untuk bahagian bawah;

*75g butter-dicairkan
*3 sudu besar
coconut flake
*150g biskut

Cara-cara;

Kisar biskut. Kemudian campurkan dengan butter cair dan coconut flake. Masukkan ke dalam loyang. Tekan-tekan biar padat. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit atau sehingga hendak digunakan. Biarkan cream cheese, butter dan telur dalam suhu bilik.
Pukul cream cheese dan butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula. Pukul lagi sehingga sebati. Kemudian masukkan pula kuning telur -> fresh cream-> corn starch. Masukkan bahan2 ikut turutan sambil dikacau. Akhir sekali masukkanlah instant coffee. Kacau lagi. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang ada biskut tadi. Bakar pada suhu 180C selama 20-25 minit. Bila dah siap, sejukkan lebih kurang 1-2 jam. Kemudian potonglah dengan lebar 1.5cm.

semasa i buat ni i tak campurkan coconut flake - di bahagian bawah cheesecake. i cuma guna biskut campur dengan butter sahaja..

p/s;sumber resepi myrecepi.com from Yani

1 comments:

Jun said...

best nampak..ade lagi?