Tuesday, April 24, 2007

KARI AYAM


Kari Ayam by nonaharyati

Bahan-bahan;


4 ketul ayam
2 biji kentang di belah 4
3 sudu besar serbuk kari
1 biji bawang besar (dikisar halus)
1 1/2 cawan santan
1 keping asam keping
Secubit garam/ ajinamoto

Bahan A;

1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih dimayang halus
1 inci halia di mayang halus
Untuk menumis;

Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 helai daun kari

Cara-caranya;

Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan menumis , sehingga naik bau. Kemudian masukkan bahan A, goreng sehingga kekuningan. Serbuk kari disatukan dengan bawang besar besar yang di kisar halus dan sedikit air , masukkan ke dalam periuk tadi. Tutup tundung seketika. Selepas itu kacau serbuk kari sehingga naik minyak masukkan kentang, ayam dan 1/2 cawan air. Kacau sehingga sebati. Setelah itu bolehlah masukkan santan. Kacau sehingga mendidih, kemudian masukkan asam keping, garam dan ajinamoto. Rasa masakan u all. Kacau sehingga lebih kurang 8-10 minit , tutup api dapur. Siap untuk di santap.

1 comments:

Jun said...

lama x makan kari ayam..sedap tu..