Saturday, April 28, 2007

MAKISUSHI - SUSHI


Makisushi by nonaharyati

Bahan-bahan;

2 cawan beras jepun
2 sudu besar cuka

1 1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam

untuk inti;

2 biji telur
1 batang timun
10 batang crab segara
5 helai seaweed
mayonis
bamboo mat


note: isi dalam bole diganti dgn udang, tuna, ikan salmon dll mengikut citarasa masing2.

Cara-cara;

Masak beras jepun seperti masak nasi biasa. Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar. Dalam bekas lain, masukkan , 3 sudu besar air panas, cuka, gula dan garam , kacau sehingga larut dan sebati. Masukkan ke dalam nasi yang telah di masak tadi gaul sehingga rata. Jika u all ada cuka jepun khas untuk sushi, all just
tuangkan cuka sushi ke atas nasi sahaja tak perlu garam dan juga gula. kacau nasi dgn cuka rata2. Biarkan nasi sejuk..







Telur dipukul dgn sudu dan goreng dgn sedikit minyak dan bila sudah masak, potong panjang2. Buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. potong memanjang.





Ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat, senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut. Kemudian letakkan telur diikuti timun, dan crab. Akhir sekali masukkan mayonis.
gulung makizushi tersebut padat2. Potong makizushi. Siap utk dihidang.






Makisushi with seeds

Makisushi suku balutan..

1 comments:

Jun said...

mengancam tuh...kalu anak ju nampak ni sure soh wat..hikks