Sunday, April 29, 2007

DONUT MINI BLUEBERRY



Donut mini blueberry by nonaharyati

Bahan-bahan (2-4 orang);

Bahan A;

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar gula halus
1 1/2 sudu besar lemak sayur
1 1/2 sudu besar susu tepung
90ml air suam
1 camca teh instant yeast

untuk inti;

Jem blueberry

Topping untuk luar;

Gula castor

Cara-cara;

Masukkan semua bahan A, di atas ke dalam breadmaker. Tekan butan on. Tunggu sehingga doh siap. Kemudian ambil doh tersebut buat bulat bulat kecil dan masukkan sesudu kecil jem blueberry di dalamnya. Ulangi sehingga doh tu habis. Biarkan sebentar dalam 15-30 minit atau sehingga ia kembang...pastu goreng..selepas digoreng salutkan dengan gula castor tadi.
kalau nak buat frozen...goreng sekejap warna seperti kuning air.masa panas-panas tu masukkan dalam bekas frozenkan.

2 comments:

jo ayee said...

wah..ini dah bole bukak bakery.
cantik jer.sure sdap..ngappp

Jun said...

betui tu jo..leh la wat gak ni...heheh...yati da bg idea...tq yati