Monday, May 14, 2007

CEKODOK PISANG


Telefon mak pagi tadi, tanya pisang apa yang boleh buat cekodok sebab sebelum ni buat tak jadi rupanya silap pisanglah... kali ini menjadi dan sedap.. Lepas ni nak buat lagi makan sampai jemu... hehehheheh..

Cekodok pisang by nonaharyati;

Bahan-bahan;

8 biji pisang emas
3 sudu besar gula pasir
3/4 cawan tepung gandum

Cara-cara;

Lenyek pisang sehingga lembut , campurkan sedikit gula kacau rata kemudian sudu kan tepung sikit demi sedikit. Panaskan minyak kemudian goreng adunan tadi sehingga kehitaman, (masak). Sedia untuk di santap.

2 comments:

jun said...

cekodok @jemput2 pisang...yati, mmg pisang emas sedap wat ni..ju kalu wat kue yg guna pisang x guna pisang lain..mmg pisang emas sbb manis gitu...kat sana senang nak dpt ye?

nina haslin said...

kalu nak cuba lagi buat kodok pisang bom tak manyak minyak