Sunday, July 22, 2007

GENOVESE SOS WITH PASTA



Malas nak masak nasi.. pastu memang dah jemu makan nasi .. try ringgo punya resepi ...sennag, ringkas dan sedap...hus tambah sampai tanya "u nak lagi tak..kalu tak i bg perhabis.."...uuhhuu sampai macam tu sekali.. lagipun kitaorg ni memang suka mknan macam ni.. ringkas dan marvellous tau.. qall pun tumpang sama mkn...

Genovese sos dengan pasta by nonaharyati

Bahan-bahan ( 4 orang );

pasta secukupnya
garam secukupnya

---bahan untuk sos--- ;

30gm daun basil
50gm pinenuts
1 ulas bawang putih (buang bahagian tengah dan cincang sedikit)
3 keping anchovy fillet
1 biji tomato (belah, buang biji)
100ml extra virgin olive oil
30gm parmesan cheese
untuk hiasan - sedikit parmigiano (optional)

Cara-cara;



Pine nuts



Anchovy fillet

Didihkan air secukupnya untuk merebus pasta.

Goreng pinenuts tanpa minyak sebentar (2,3 minit).

Masukkan garam kedalam air mendidih dan rebus pasta. Rebus setakat "al dente" ataupun sedikit keras dengan tutup api lebih awal lebihkurang 1 minit dari yang disyorkan pada bungkusan. Sementara menunggu pasta masak, masukkan semua bahan untuk sos kedalam food processor dan pulse sampai hancur. Toskan air dan terus gaul dengan sos. Hidangkan segera dengan parutan parmigiano sebanyak kesukaan anda.

sos ini boleh disimpan didalam peti sejuk selama seminggu dengan diletakkan didalam botol ditutup permukaan dengan olive oil untuk menghalang basil bertukar warna.

0 comments: