Idea dapat bila buka blog jun... tgk2 kt MR pun ada oleh: minami133 . Thanks for this idea.. murtabak ni 5 minit jek dah habis hus i punyalah makan byk.. katanya lama dah tak nampak murtabak ni.. agak2 mcmana nak buat bawang merah tu yek..?
Murtabak segera by nonaharyati
Bahan-bahan ( 6 keping );
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit ajinomoto
kulit popia (boleh guna roti paratha segera juga)
2 biji telur
Cara-cara;
Inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. Tumiskan bawang. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. Goreng sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging cincang. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu. Masukkan garam dan ajinomoto. jika terlalu kering, tambahkan air. Masak sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan daun sup.
Pukul telur di dalam mangkuk. Masukkan inti tersebut ke dalam telur. Kacau sehingga sebati. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak
1 comments:
Hi Yati,
I am tagging you for a meme to post 8 random facts about yourself, but you have no obligation to participate. Please visit my blog for details.
cheers,
Lydia
Post a Comment