Wednesday, July 18, 2007

PUMPKIN CAKE




Musim labu gaknye..hari tu bingka nii.. cake lak... ambil recepi dr martha show sedap lah cake.. ni.. si kecil qall tu pulun tak sangaa... ummy dia pun lebih kurang

Pumpkin cake by nonaharyati

Bahan-bahan ( 4-5 org );

cake;

1 cawan tepung gandum
2 biji telur yg dipukul terlebih dahulu
1 1/2 sudu besar butter
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan labu manis yg telah direbus n dilenyekn
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu kecil parutan kulit limau sunkist
1 sudu besar esen vanilla
1/3 cwn + 2 sudu besar susu cair

*glaze 1;

1/3 cwn gula castor
3 sudu besar perahan air limau sunkist
1 sudu besar parutan kulit limau sunkist

Cara-cara ;

Campurkan tepung, serbuk kayu manis, baking powder, soda bikarbonat , garam dan diayak.
Pukul butter dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan bahan A sedikit demi sedikit di selang selikan dengan telur, susu cair masukkan juga garam(jika guna unsalt butter), kulit limau, esen vanilla dan akhir sekali labu.

Masukan dlm acuan cake yg dilapik dgn kertas. Bakar suhu 185 sehingga 40-45 minit. Angkat
Akhir sekali sediakan glaze; camurkan semua bahan glaze , kacau sehingga sebati kemudian tuangkan ke atas kek tadi.

u all juga boleh guna bahan lain utk glaze ; cth; butter+fresh milk-masak sehingga agak pekat angkat masukkan gula castor+perahan air limau dan parutan kulit limau.
i juga buat muffin utk recepi ini.. sedap

0 comments: