Tuesday, August 14, 2007

EGG CREAM PIE



Guna plain crunches pie tadi. dan ini inti dalamnya..
Sedap bangat.. dalam sekelip mata jek sudah habis.. esok kene buat lagi ini..enak tau

Egg cream pie

Bahan-bahan;

Bahan A;

1 tangkai leek
1 tangkai daun bawang
2 biji bawang merah kecil
olive oil

Bahan B:

2 biji telur
2 sudu besar cream
1 cawan susu segar
serbuk lada hitam
garam

mozarella cheese

Cara-caranya;

Bahan A; Panaskan sedikit olive oil, gorengkan bawang, leek dan daun bawang. Masukkan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Goreng sehingga kekuningan angkat.

Masukkan semua bahan B dan kacau sehingga rata.

Masukkan mozarella cheese ke dalam plain pie tadi, bahan A, kemudian masukkan bahan B dan masukkan mozarella cheese ke atasnya. Bakar sehingga masak kekuningan.

0 comments: