Monday, September 24, 2007

NASI DAGING


Kali ini masak nasi daginglah... nyum2

NASI DAGING

Bahan-bahan;

Beras mati di basuh dan tos
Daging (direbus)

Bahan tumis;

bawang merah dimayang halus
bawang putih di mayang halus
halia di mayang halus
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah pelaga
daun kari
minyak sapi

bahan lain;

rempah kari daging
tomato pure
tomato fresh
susu cair
garam
gula

Cara-caranya;

Tumis bahan tumis bersama minyak sapi sehingga naik bau, masukkan rempah yang telah di bancuh dengan sedikit air, tomato pure , tomato fresh (potong 6) dan daging yg telah direbus dan di potong halus. Masak sehingga naik minyak. Masukkan air rebusan daging (sukatan air sama dengan beras atau lebihkn sedikt air sahaja) serta di ikuti beras, susu cair, gula dan garam. Masak dengan api sederhana kecil dan kacau sekali sekala (jgn kerap). angkat setelah nasi masak. Siap.

2 comments:

zaliana said...

wah..nasi daging lah pulak..nasi ni makan mcm tu pun dah sedap ekk

princessharyati said...

betul.. za.. i mkn mcm tu jek.. masak sendiri ni boleh mkn byk skit.. aduhh pastu mkn teringat kt mak.. mak i yg ajar cara buat nasi ni