Pinjam qall punya toy masa ambil gambar... 'thanks baby ummy'..."muahhhsszz"..
Nasi impit kuah kacang.. ari tu buat kuah kacang makan dengan tauhu sumbat.. pastu kuah tu ada lebih.. dalam stok almari ada nasi impit ..main rebus jek.. makna tak ye pagi ni je.. tambah sampai 2 pinggan.. #^%^*^&^% . 2 ari nak posa.. tak ingat... nanti time posa ni.. jadi kucing berak kapor jek...
NASI IMPIT KUAH KACANG
Bahan-bahan ;
300 g isi ayam (potong dadu)
200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
5 sudu gula merah/ gula melaka
2/3 cawan gula putih
garam
1 cawan air asam jawa
½ cawan santan pekat
200 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak)
5 sudu gula merah/ gula melaka
2/3 cawan gula putih
garam
1 cawan air asam jawa
½ cawan santan pekat
Bahan-bahan tumis :-
2 batang serai
5 cm kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
¼ cawan minyak masak
Bahan-bahan kisar :-
(goreng tanpa minyak dahulu, kemudian baru dikisar):
20 tangkai cili kering (yg ni i goreng dgn sikit minyak)
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
6 biji buah keras
1 cm belacan
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
3 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
6 biji buah keras
1 cm belacan
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh ketumbar
Cara-cara;
Kacang tanah yang telah digoreng, di buang kulitnya dan dikisar.(Setengah halus dan setengah kasar).
Panaskan minyak,tumis serai hingga wangi, masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan semua bahan kisar tadi.Biar garing sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan isi ayam. Masak hingga ayam hampir masak dan airnya kering sedikit.
Masukkan gula merah, gula putih dan garam. Biar mendidih seketika.
Masukkan kacang yang dikisar tadi dan juga santan pekat.Kacau dan biar mendidih dengan api perlahan sehingga kuah nampak kemerah-merahan dan lapisan minyak naik ke atas.
Siap untuk dihidang.

0 comments:
Post a Comment