Monday, September 17, 2007

POPIA BASAH RAMADAN



buat popia ni menguji kesabaran betul.. kulit popia ni kali ketiga baru menjadi... hampir putus asa.. tapi.. berkat kesabarn jadi gak popia basah ku ini.. u.. terima bebanyak resepi dari Umie ni.. siap telefon mak.. buat double check taw....ada yang di tambah sedikit intinya tu..ikut resepi mak..lepas buka posa tadi .. i maknlah popia basah ku ini..... sedap dan super enak lah..

POPIA BASAH RAMADAN

Bahan-bahan ( 12 keping );

Bahan untuk kulit*

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan untuk inti** (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri);

1/2 biji senkuang- dipotong memanjang
3 batang kacang panjang -dipotong 2-3 inci
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
Sedikit taugeh
telur (dibuat dadar dan dicincang halus)
tauhu (digoreng dan dicincang halus)
bawang goreng

1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan untuk sambal***

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

Cara-cara ;

Untuk kulit popia; Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.,gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper, buat dari arah jam , mulakan dari tepi dulu , kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan , setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar , angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).

Untuk sambal: *** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Untuk inti: **Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu. kecuali sekuwang dan taugeh . Kemudian , ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal . Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng serta telur dadar., lipat macam biasa dan gulung , sedia untuk dimakan.

2 comments:

Mat Gebu said...

sedapnya popia basah....belum ter"rajin" nak mencuba, bab2 nak menggelek adunan atas kuali tu yg pakcik lomah skit (malaszzz...lahhh)

princessharyati said...

cik mat.. kalu buat boleh mkn puas hati kalu beli tu.. inti skit.. tak puas.. letak lahberapa banyak yang kita mau..