Tuesday, September 25, 2007

TEPUNG PELITA


buat skit saja-saja nak try.. sedaplah pulak.. resepi dr Mr -yani.. nanti bila-bila boleh buat banyak-banyak....

TEPUNG PELITA

Bahan-bahan ;

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi (4 cawan santan)
4 helai daun pandan (dimesin dgn sedikit air)
sedikit kapur
sedikit garam

Cara-cara;

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi. Sejukkan

2 comments:

noreen said...

laaa noreen mmg nak buat tepung pelita nie dah siap beli daun pisang tapi tak buat2 laei ontahlah tak ado mood langsung nak masak. tadi gi ikea alamak nengok pinggan2 cantik tul terus borong sekejap hehhee

princessharyati said...

i tak buat dalam bekas daun pandan atau daun pisang pakai bekas turperware jek :-) tak de bau asli tapi rasa best