Tuesday, September 25, 2007

BUAH MELAKA (ONDE-ONDE)


hari ini buat dua jenis kuih traditional melayu kita.... sebab husben request nak buah melaka dah lama .. i lak nak tepung pelita so buatlah dua-dua.. semua sedap-sedap.. buka posa hari ini mengadap kuih..nyum-nyum..

BUAH MELAKA (ONDE-ONDE)

Bahan-bahan;

tepung pulut
helai daun pandan (blend ambil airnya)
gula melaka
kelapa separuh muda (parut- ambil putihnya sahaja)
secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara ;

Bancuh tepung bersama air daun pandan, sedikit garam sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan keras.(agak2 boleh dicubit) , Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula. Masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa yang telah di campur dengan sedikit garam halus.

2 comments:

zaliana said...

buah melaka dah sampai dubai lah..sejak mula puasa dok pasang niat nak buat kuih ni tak jadi2 jugak..err sana ada jual kelapa parut ye.

princessharyati said...

sini ada byk jual kelapa.. suruh diorg parut jek.. kat sini kan byk india dgn pakistan.. mmg kelapa menjadi bahan makan diorang... za.. bila2 senang boleh buat kuih ni..