Monday, October 1, 2007

BATANG BURUK



Batang oohh.. batang kenapa nama ko batang burukk.. hanya orang yang menciptanya saja yang tau sebabnya... walaupun rupa mu buruk tetapi tetap menjadi pujaan hati ku ..ohh wahai batang buruk...inilah kuih raya pertama i.. ini kira bukan biskut ..sebab tak perlu bakar.. kuih yang senang nak buat tambah-tambah orang macam i tak reti buat biskut raya.. kuang kuang kuang...

BATANG BURUK

Bahan-bahan;

2 cawan kacang hijau
1/2 cawan gula(kalau nak manis tambah lagi)
1/4 cawan tepung susu (optional- i letak skit)
secubit garam halus (optional- i letak skit)

kulit popia secukupnya
1 biji telur putih
minyak masak

Cara-caranya;

kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga masak dengan api yang kecil. -buang kulit, (atau pun boleh cari kacang hijau yang telah di buang kulit ), kisar kacang bersama dengan garam, gula hingga halus berbentuk tepung, tapis bersama tepung susu agar dapat serbuk yang halus.

Kulit batang buruk; potong kulit popia kecil-kecil bersaiz lebih kurang 2cm x 4cm...kalau nak buat saiz lebih besar boleh aje!! Pukul telur sedikit. Gulungkan kulit popia, sapu telur di bahagian hujungnya supaya gulungan tidak terbuka. Buat hingga habis...goreng hingga kekuningan-kuningan.. -Toskan. (
i cuma mengunakan tepung jagung di bancuhkan dengan sedikit air untuk lekatkan kulit popia)

Lumurkan kulit popia , dan masukkan juga ke dalam bahagian yang berongga dengan tepung kacang hijau tadi, Simpan dalam bekas kedap udara atau boleh lah di ngap terus!

4 comments:

jo ayee said...

wahwahwah..mencabar ni..susah tak nak blend kacang tu ? jo x de good processors la..

princessharyati said...

i pakai blend jek.. blend kene 3, 4 kali gaklah nak dapat kan hasil menjadi tepung tu.. hehhe... buat2 jo ...

Rozie said...

princess, cantik ler batang buruk you!!! tergoda!!!

princessharyati said...

yang penting rozie.. namanye tetap batang buruk.. tapi sedap.. i dah letak kt Mresepi gambar tu under yur resepi rozie thks..!!