Wednesday, November 7, 2007

AISKRIM ROTI


before

after

Kalu semalam qall breakfast cucuq roti, ari ini dia sarapan aiskrim roti... amboi mkn banyak ari ini dia.. hentamnyek lah.. breakfast aiskrim roti pagi2 ni...
AISKRIM ROTI

Bahan-bahan;

roti
aiskrim (yg siap2 dah beli)
tepung jagung
coklat cip
Cara-caranya;

Ambil 2 keping roti (yg selalu org buat sandwish tu) gelekkannya bagi leper dengan cawan ataupun pengelek. Kemudian letakkan sekeping roti di bawah dan sudukan 1 sudu aiskrim dan taburan coklat chip di atasnya, selepas itu tutupkannya dengan sekeping roti lagi yang telah di sapu dengan bancuhan tepung jagung di hujungnya, terapkannya pada bentuk bulat dan terus masukkan ke dalam peti ais selama 2-3 jam. Kemudian boleh di kuarkan dan di goreng dengan minyak yang penuh, angkat dan lap dengan tisu kedap minyak. Than snap. jadilah mcm gambar di atas. heheh

0 comments: