Sesuai untuk kanak -kanak yang berusia 14 bulan ke atas... yang dah tumbuh gigi lebih kurang dalam 10 batang... heheh.. masak breakfast untuk si qall. Tetapi orang tua tua, mak mak dara , anak dara.. pak pak dara hehhe pun boleh makan jugak.. hentam jek labuuu...
CUCUR ROTI
Bahan-bahan;
roti
tepung gandum
udang kering yang di kisar halus
bawang di mayang halus
daun bawang di mayang halus
serbuk kunyit
garam
Hiasan;
tomato
salad
Cara-caranya;
Koyakkan kepingan roti kemudian letakkan sedikit air panas, hancukan, kemudian masukkan udang kering, bawang, daun bawang, serbuk kunyit, tepung dan sedikit garam, gaul sehingga sebati. Letakkan sedikit minyak panas ke dalam adunan tersebut dalam 1 sudu besar gaul cepat2. Gorengkan sesudu demi sesudu cucur roti tu di dalam minyak yang panas. Hiaskan cucur roti dengan hirisan tomato dan salad pada lidi yang bersih (buat macam sate) i guna chop stick yang kecil (tak berbahaya pada kanak-kanak). Siap di makn panas-panas.
5 comments:
Kalau umur pakcik yg dah 372 bulan nie, buleh kee makan cucur roti..tak tercekik kee?
amboi2 CMG... u nak makan.. upakailah gigi palsu u baru boleh gunyah.. u janganlah goreng garing2 sgt.. ala2 sedang2 gitu.. bila birth CMG?
Hehehe..segan u..tapi pakcik biasa lah sebaya dgn Yani.
ooo mcm tu i muda giler dr u CMG hehhe... ni kita abg i ler.. i still adik2 ler ni.. kuang3
ye ke..aduhhh tak pelah...jadi pakcik u pun boleh....aiman tak kesahhh!!!...ahakss..
Post a Comment