Thursday, November 15, 2007

SALTED FISH CURRY


jom pekena kari ikan talang kering masin lak....

KARI IKAN TALANG MASIN

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

12 ketul ikan talang masin (ikan masin apa2 pun boleh)
3 biji terung bulat di belah 4
4 sudu serbuk kari daging
1 serbuk cili kering (cili boh pun boleh)
2 cawan santan
2 sudu helba campur
Sedikit bunga lawang dan cengkih
1 batang kulit kayu manis
Sedikit daun kari
1 asam keping
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih di mayang halus
1/2 inci halia di mayang halus
sedikit garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak
Cara-cara ;
Panaskan minyak masukan daun kari, helba campur,bunga lawang,cengkih dan kulit kayu manis. Masak 1-2 minit. Kemudian masukan rempah kari dan serbuk cili. Letakkan sedikit air. Kacau sehingga naik minyak. Setelah rempah tadi garing masukkan sedikit air dan santan. masak 3-4 minit. Masukan ikan masin, masak dgn api perlahan sehingga 4 minit kemudian masukan terung. Tunggu sehingga terung tadi lembut kemudian masukan asam keping, serbuk perasa dan sedikit garam (jika perlu). Di kuali yang lain goreng halia,bawang besar dan bawang putih sehingga garing dgn minyak yang sedikit kemudian masukan kesemua bahan tadi bersama minyak ke atas kari yang telah dimasak itu tadi. Siap untuk di santap

4 comments:

Mat Gebu said...

Kalau pakcik letak 2 biji oren pastu pisang mcm tuuu..mesti kena perli dan mulalah andaian2 aneh keluar..itu lah payahnya ber"geng" dgn org dah menikah....dasyatttt!!!!!..ampoonn!!!

princessharyati said...

oo.. kesian oren n pisang tu tak bersalah....

Jun :) said...

hahha...tu la mat, cepat la sket nikah...lg haru biru kapala, kan yati..ekeke
jun pon suka gulai ikan masin..lemak atau kari..letak terung k nenas..mak oiii..sedapnyer...

princessharyati said...

betul tu jun...CMG- kalu tunggu erra dah kira melepas... nak tunggu sapa lagi.. maya karim ke?