Thursday, November 22, 2007

HERSHEY'S CHOCOLATE CHEESECAKE






buat semalam..tak simpan nak simpan sampai esok pagi dah tinggal setengah... u all cuba ni.. i gunakan chocolate hershey's atas topping tu... tu yang membuat kek tu sedap taw.. tu lah secret recipe untuk cheesecake ni...than i guna sponge cake sebagai base... kalu tak caya try... kalu tak sedap habang mai...

HERSEY'S CHOCOLATE CHEESECAKE

Bahan-bahan;

Bahan sponge cake;

1 cawan tepung
1/4 cawan vegetable oil
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 air suam
2 biji telur putih
1/2 sudu kecil cream of tartar
3 sudu besar gula halus

Bahan B;

200 gm cream cheese
170 gm fresh cream
170 gm yoghurt ( i guna perasa buah peach)
1 sudu besar butter
2 biji telur
1/2 cawan gula halus
3 sudu tepung
1 sudu kecil esen vanilla
2 bungkus kecil Chocolate Hershey's

Cara-caranya;

Untuk sponge cake; Buat macam biasa, pukul telur putih, cream of tartar dan gula sehingga kembang. Pada mangkuk lain blend vegetable oil, air,esen vanilla, tepung sehingga sebati, kemudian masukkan telur putih tadi dan gaulkan ke dalam tepung dengan menggunakan spatula sehingga sebati, masukkan ke dalam bekas dan bakar selama 15 minit.

Untuk cheesecake; Pukul cream cheese , fresh cream, gula, butter sehingga kembang, masukkan telur, youghurt, even vanilla dan tepung , pukul lagi sehingga sebati. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian. Satu biarkan plan dan satu lagi di campur dengan chocolate hershey's yang telah dicairkan, gaulkan sehingga rata, kemudian masukkan sedikit lagi fresh cream ( dlm 1 sudu besar), gaul sehingga rata.

Setelah cake siap bakar masukkan cheesecake yang plain dahulu ke dalam loyang tadi, kemudian bakar semula dengan menggunakan teknik, double boiling di dalam oven. Setelah 15 minit ke luarkan masukkan pula bahagian cheesecake chocolate tadi masak sehingga 25-30 minit, angkat sejukkan. Siap untuk di makan.

7 comments:

Lydia said...

wow.... cantiknya cheesecake!!
rasa nak buat cheesecake pula...

Mat Gebu said...

Sedapnya cheese cake...kata, Ajim tak bagi masak...macammana leh ter"jadi" pulak cheese cake. Pu3, pink rose tu pun leh tukar jadi "rose tea", but make sure takde pesticide yea!!!

princessharyati said...

Lydia.. cantik tak penting.. keenakan cheesecake tu..buatkan hus i minta 3 x tambah

princessharyati said...

husben i bgtaw lewat dah..masa tu CMG i dah kuarkan bahan2 tu semua..so i buatlan..lagi pun esok (jumaat uea weekend) so nak jln2 pi picnic,... CMG mak u pandai menjahit yek..apa lagi dia pandai jahit?

jo ayee said...

sukatan sebenar bahan2nya cam mana pula..bole tak share?yq nona

princessharyati said...

jo.. i dah letak.. kat umah i ni bukan ada penimbang,... tapi i dah tgk sukatan tu kt bekas yg i beli utk bahan2 cheesecake ni.. ok.. good luck

nor said...

hi..yati...u kat UAE kan..kat mana ek...U selalu beli bahan-bahan ni kat mana ek...I pun kat dubai gak...nampak menarik sgt cheesecake ni..mcm teruja nak try le..