dapat idea ni bila sembang dengan Lydia... termimpi2 nak masak ikan masak asam ni.. tak jumpa ikan merah besar lagi... buat ikan lain dulu... kalu ada kepala ikan merah i buat later.. ikan ni pun sedap.. ada 2 cara.. sebenarnya nak buat ikan masak asam ni... satu cara ikan di goreng dulu... cara kedua ikan tak payah goreng (tu kalu dpt ikan merah ..perrhhhh) tu pasal kene cari ikan merah...
merah...ooo..merah.....
IKAN MASAK ASAM
Bahan-bahan;
Ikan
tofu (di goreng terlebih dahulu)
tomato
cili api ( di potong 2)
bawang putih di mayang halus
bawang merah di mayang halus
bawang merah lagi di belah 4
halia di mayang halus
Lada hitam
air asam jawa
sos ikan
kiub pati ayam
sedikit garam
Cara-caranya;
Goreng ikan dahulu sedikit dengan sedikit garam. Angkat.(Kalau pakai ikan merah tak payah goreng, terus tumis sahaja).
Dengan sedikit minyak tumis bwang merah, bawang putih dan halia sehingga kekuningan, masukkan semangkuk air perahan asam jawa, biarkan mendidih, masukkan sos ikan, kiub ayam, garam , ikan, bawang yang di belah 4, tomato , cili padi dan tofu. Biarkan setika , angkat, siap untuk di hidang.
0 comments:
Post a Comment