Wednesday, December 5, 2007

ROTI SUMBAT SAMBAL IKAN BILIS


waalahhhh... walahhhh.....Roti sumbat sambal ikan bilis... ini roti untuk makan petang ni.. sedap..sedap..lembut dan gebu... MAKE OVER dari donut bertukar jadi roti goreng...resepi roti tu ambil dari inspektor adnan dari kulai atau dengan nama manja pakcik mat gebu... ampounn!!

ROTI SUMBAT SAMBAL IKAN BILIS

Bahan-Bahannya:-

280ml air
300 g tepung roti (high protein flour)
200 g tepung gandum (plain flour)
10 g garam
60 g gula halus
20 g susu tepung
1/2 camca besar baking powder
3 1/2 camca teh instant yeast
2 kuning telur
50 g lemak sayur (shortening)

INTI :

sambal ikan bilis

Cara -caranya:-

Satukan kesemua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (hingga naik 1 x ganda). KAEDAH LAIN:- Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan. Tunggu hingga siap.

Keluarkan doh tadi dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bulat2kan doh kepada bentuk bulat kecil dan leparkan sedikit seperti di dalam gambar. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.

Goreng roti dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar4 - 5 biji saja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel. Setelah sejuk, potong roti dan isikan inti sambal ikan bilis bersama timun dan sebaginya. Siap

2 comments:

mamasya said...

Kuih roti sumbat atau burger M'sia ni sedap buat minum ptg.
kalau kat sini dipanggil kuih doraemon tp letak inti tuna+mayonis+mix vegie.tak tahulah napa dipanggil kuih doremon...

princessharyati said...

agak nye bentuknya bulat mcm doremon kot..hehehhehe.. atapun sb kat sana letak inti tuna.. sedap gak tu nnti boleh try