Tuesday, February 19, 2008

GULAI BAGAR


Gambar tak cantik sangat sebab ambil di waktu malam di bawah sinaran bulan purnama..eehhh dengan camera yang murah.....hehehhe.....resepi asli dari orang minang .. terima kasih Juanita kerana sudi kongsi resepi ni dengan i.. dia ni kan kalu sembang dengan dia semua tak tau , tak reti masaklah ,.. apalah tapi.. orang yang selalu cakap macam tuler yang teror masak tau.. ni dia yang bagi resepi.. dia kata dia tengok mak dia tengah masak.. hafal2 macam tu katanya... ialah ju...apa2 jek .. yang penting semalam i try masak gulai bagar tu...memang kene dengan tekak ni..sedaplah .. mkn dengan nasi lemak semalam tambah 2 kali.. sedap...5 star.. i bagi.. lumayan sangat rasanya... nanti bagi2lah resepi kat i ni ju.. minta mak turunkan ilmu banyak2...satu lagi lupa nak cete.. juanita ni kan teror ambil gambar kalu nak tgk hasil photo dia pi ler kat web site dia... mana nak tau u all nak tangkap gambar kawen ke, gambar family ke..apa2 gambar pun boleh,..bagi jek tau kat dia ni..http://sricandid.fotopages.com/

GULAI BAGAR

Bahan-bahan;

Bahan tumis;

bunga lawang
kayu manis
bunga cengkih
buah pelaga
bawang putih dikisar
bawang merah di kisar

bahan lain;

daging batang pinang
kentang belah 4
serai
daun limau purut
cili kering di kisar
asam keping
gula
garam

Cara-caranya;

Tumis bahan tumis di dalam periuk sehingga naik bau masukkan cili kering, kacau sehingga cili tu betul garing dan masak (naik minyak), masukkan daging dan sedikit air, masak sehingga daging lembut masukkan kentang bila, kuah tadi agak pekat, kemudian masukkan serai yang telah di titik, satu gelas air, asam keping dan daun limau purut serta gula dan garam. Masak sehingga mendidih dan angkat.

1 comments:

sricandid photography said...
This comment has been removed by the author.