Saturday, February 2, 2008

RENDANG HATI LEMBU



hehehhehe... enak2.. thanks for this resepi.. k.pah... buka blog k.pah belek punya belek..ambik resepi ayam rendang pedas tapi i ada hati lembu so guna hati tu masak rendang ... enak2..nyum2...

RENDANG HATI LEMBU

Bahan-bahan:

500gm hati lembu,
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3-5 sudu besar cili boh (cili kering yg telah diblender)
2 inci lengkuas
4 inci halia
5 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 sudu besar kerisik
2 sudu makan serbuk kari daging
3 helai daun kunyit
400ml santan pekat (sebiji kelapa)
Sedikit kiub pati ayam maggi
Garam, & gula

Cara-cara membuatnya:

Potong ahati lembu ikut suka. Semua bahan-bahan seperti bawang merah & putih, lengkuas, halia, serai dikisar. Ketumbar, jintan putih & manis dikisar kering. Daun kunyit dihiris halus.Tumis semua bahan-bahan hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan kerisik. Masukkan ayam, biar airnya agak kering sedikit. Selepas itu masukkan santan pekat. Kecilkan api dan balik-balikkan ayam sekerap yg mungkin (takut hangus dibawahnya). Bila agak separuh masak, baru masukkan daun kunyit. Selepas itu masukkan bahan-bahan perasa seperti kiub pati ayam, garam dan gula.Tunggu sehingga kuah pekat dan empuk.

Boleh dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, lemang atau ketupat atau pulut kuning.

2 comments:

Anonymous said...

Bahan2 nya hati lembu..kenapa kat bawah cara2 masak tu bertukar jadi ayam... cara yg samanke utk hati dan ayam...

Unknown said...

Mana resepi nya