Saturday, March 1, 2008

PUDING SAGO




Ini memang sedap bangat ni.. mesti buat...

info:untuk orang dubai- sago boleh dapat di lulu supermarket or caffour, kelapa parut(utk santan) boleh dapat di lulu supermarket.


Bahan-Bahannya:-

300 g biji sago (kaler yang putih)
2 liter air
1/2 camca teh pewarna hijau
2 helai daun pandan

1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan*
(*dimasak hingga gula larut dan pekat, tapis dan sejukkan)

1 cawan pati santan + 1/4 camca teh garam atau boleh ganti dengan susu sejat

Cara membuatnya:-

Didihkan air, masukkan daun pandan dan pewarna hijau, cuci sago dan masukkan dalam air mendidih dan masak hingga sago berubah jadi jernih. Tutup api dan biar 2 - 3 minit sago tadi. Angkat, toskan dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanjinya. Toskan dan isi dalam acuan pilihan (acuan yang buat apam tu pun ok). Simpan dalam peti sejuk 1 - 1 1/2 jam.
PENYEDIAAN:- Keluarkan sagu dari acuan, masukkan dalam mangkuk2 kecil, tuang sedikit air gula melaka dan sudukan santan atau susu sejat tadi. Boleh dihidangkan sebagai pencuci mulut
...

0 comments: