Saturday, March 1, 2008

PERIA GORENG


Tekak ni macam-macam lak nak makan... tapi sememangnya menyelerakan lauk semalam...
info: untuk orang Dubai- Peria boleh di dapati di Lulu supermarket , careffour , apsara di Bur dubai (bank street road)

PERIA GORENG

Bahan-bahan;

peria di potong halus
bawang putih di cincang halus
bawang merah di cincang halus
udang gegau (boleh di gantikan dgn udang kering or ikan bilis)
serbuk kunyit
garam
lada sulah
olive oil

Cara-caranya;

(bagi menghilangkan rasa pahit sedikit) Rendam peria dengan sedikit garam , biarkan selama 10-15 minit, kemudian basuh dengan air biasa, toskan. Campurkan peria dengan sedikit serbuk kunyit, ketepikan Tumis bawang sehingga wangi masukkan udang gegau, goreng sebenar kemudian masukkan peria, garam, lada sulah. Goreng sehingga masak dan angkat.

2 comments:

Akicage said...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

MamaFaMi said...

Sedap juga nih!