Saturday, January 24, 2009

CINNABON CINNAMON ROLL



santapan diraja, permaisuri serta anakanda di hujung minggu... ni version bukan... sekali lagi ..BUKAN ... kuih ubat nyamuk versi jiya HAHAHHAHAHA......
ini........adalah.. di perkenalkan.. jeng jeng jenggggggg......... mosquito cinnabon roll... glomour tak name yer

CINNABON CINNAMON ROLL

Bahan-bahan;

150 gm tepung roti
150 gm tepung cake
2 1/2 sudu kecil instant yis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
50 gm butter
125 ml susu segar
1 sudu kecil bread softener

inti;
brown sugar
walnut
serbuk kayu manis

icing;

cheese
gula aising
susu cair
butter
serbuk vanila

Cara-caranya;

Untuk membuat doh; Kalu ada breadmaker, masukkan semua bahan untuk membuat doh ke dalam breadmaker, tekan butang dough tunggu sehingga doh itu siap, masukkan semua bahan - bahan doh itu ke dalam mangkuk besar kemudian rehatkan sebentar.
kemudian canai doh nipis bentuk segiempat panjang. Selepas itu, u all boleh lah letak inti di atas doh tersebut.Gulungkan doh tersebut, dan potong sebesar 2 inci.
Masukan doh yang telah siap di potong kedalam dulang yang telah di sapukan dengan sedikit butter. Biarkan doh tersebut selama 30 minit. Kemudian boleh di bakar denagn suhu 175 'C selama 45 minit.
Untuk aising : Kacau gula dan butter sehingga kembang kemudian masukkan cheese, kacau lagi. Akhir sekali masukkan susu dan vanilla. Kacau sehingga menjadi krim. Kemudian boleh lah letak di atasnya. Siap untuk di santap.

4 comments:

adad said...

eeeeeeeeeee burukkknya nama... akekeke! jiya ingat nak wat cinnamon roll gak tp tangan ku ini boleh naik muscle kalo hari2 menguli. kakakakaka!

hana said...

dh terpalit virus jiya ke sini rupenyer! weiii jiyaa, nyamuk kat umah hang tuh dh mati kene racun blum?? ekekekeke

LadyAna said...

syok la tgk org buat roti, sbb ku buat tak penah jadi, hampeh..nak kena beli jugak breadmachine la nih..huhu

princessharyati said...

jiya- hang punya kuih tu dah habis ke?
hana- puasler si jiya dgn kuih yer tu kikiiii kat jepang tak de kuih yg pelik2 hana?
anatahir-beli2 breadmaker murah je ana..yatt beli verion kecik kendwood je.. 299.00 rm- tapi yatt beli masa kt dubai