Friday, January 23, 2009

TERUNG GORENG CILI



TERUNG GORENG CILI

Bahan-bahan;

3 biji terung di belah 2
1/2 cawan ikan bilis kecil di goreng dahalu
1 keping asam keping

Bahan untuk dikisar;

2 biji cili merah
9 biji cili padi
1/2 inci belacan di bakar
1 biji bawang merah besar (saiz sedang)
garam
gula

Cara-cara;

Gaulkan terung dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng terung tersebut sehingga warna keemasan. Angkat terung itu. Kemudian, bolehlah goreng ikan bilis sehingga garing , angkat masukkan ke dalam mangkuk bersama terung yang siap di goreng tadi. Buangkan sedikit minyak didalam kuali yang sama masukkan bahan-bahan yang di kisar halus. Kacau hingga sebati. Masukkan suku air dan asam keping. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan terung, ikan bilis, sedikit gula dan garam, tutup api dapur. Siap untuk disantap bersama keluarga.

1 comments:

Jiya said...

huuu.. kecuq air liuq ni hah! mana baldi ni...?? hehehe!