Monday, February 9, 2009

SPAGHETTI GORENG TELUR



rasa macam mee kuning. dapat recipe ni dari kak daimah , pori , finland. masa makan kat umah dia, tanya dia mee kuning ke?... tak lah spaghetti katanya.. OOOOooooo terganga... heee .. the part yang best tu ramuan dia simple giler dan sedap!!!!!

SPAGHETTI GORENG TELUR

Bahan-bahan;

spaghetti di rebus dahulu (12-15 minit)
udang
cili kering ( di blend )
sayur kubis di hiris halus
telur
bawang putih
bawang merah
sedikit garam

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak tumis kan bawang putih dan merah sehingga keemasan masukkan cili boh, kacau sehingga masak masukkan udang dan sayur sawi, goreng lagi dan akhir sekali masukkan telur dan spaghetti serta secubit garam, kacau sehingga masak.