Thursday, March 26, 2009

KEK PILIH KASIH SARAWAK

kek ini yatt buat untuk kawan -tina di pori, finland. ada majlis makan-makan hari ini... best.. best..
yatt ambil resepi asal dari sumber MyResepi, dalam resepi tu banyak kan, so yatt taip semula bahan-bahan yang yatt buat. selamat mencuba ye kekawan semua.. memang sesiapa pencita kacang ini akan suka makan kek ini.

KEK PILIH KASIH

½ cawan tepung kek
1 cawan tepung marie
175 gm butter
4 biji telur besar
1 cawan gula halus
3 sudu besar browning sugar
5 sudu besar susu pekat
4 sudu besar hoclick
3 sudu besar milo
3 sudu besar kaya
½ cawan bijan yg telah di goteng tanpa minyak
½ cawan walnut yg di kisar kasar2 ( boleh guna kacang tanah juga)
1 susu kecil esen vanilla

Cara-caranya;

Pukul telur sehingga betul-betul kembang 20-30 minit. Dalam bekas lain blend butter sehingga kembang baru masukkan gula, blend lagi sehingga kembang masukkan esen vanilla, susu, browning sugar , milo dan sekaya, blend lagi, kemudian masukkan telur , blend, last but not list, dengan menggunakan spatula masukkan tepung, tepung marie , hoclick dan walnut serta bijan. Masukkan dalam bekas dan taburkan kacang di atasnya kemudian kukus selama 2 jam . Sebelum kukus pastikan air sudah mendidih dan bekas kek hendaklah di tutup dengan plastik dan ikat kejap. Selepas tu, keluarkan kek bakar sekejap dalam 5-8 minit dalam oven dalam suhu 170'C. Sejukkan dalam 30 minit barulah di potong.


7 comments:

ain said...

nurse ni sibuk2 pun sempat lg buat kuih canggih2 ekh.

dayang_jack said...

rajin btl la yatt ni...hehe. nanti boleh buat utk k.dyg plak yer...hehe

Suzi said...

berdebar2 tunggu resepi hihihihi

MamaElla said...

Yatt kek nampak enak aje..nie mesti dikukuskan..:-)

ima said...

salam yatt,
sedapnya nampak kek tu...

QiStinA's said...

yatt..nmpk sedap la...bak mai sikit...

princessharyati said...

ain- yatt tgh giler membaking kek sarawak lah.. habis telur kat dlm freezer ini di kerjakan yatt

dayang jack- yatt akan try resepi dr dayang jack kt myresepi tu insya allah one day

suzi-sedap jgn tak buat

mamaella- kukus kek ini .. senang jek takyah tgk2 api...oven hehhehe

ima-kek tu mmg sedap, sb yatt ni suka kacang

moi-hehhehe... nak ke nnti yatt buat pos ke dubai..heheh sempat mkn tak ..nnti takut basi tgh jalan ler kikikiii.