Monday, March 2, 2009

KUIH LOMPANG



kata maria dia ambil resepi sweetlily (SL), tengok maria buat kuih lompang mengidam pulak, masa tengah kukus lompang ni tiba-tiba ingat mak kat kampung terus sedih sebab dulu mak yang buat kuih lompang ini untuk yatt.. mak yatt rindu mak.. terima kasih untuk SL dan maria

KUIH LOMPANG

Bahan-bahan;

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan airdaun pandan

kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul-kukus kejap

cara membuatnya:

satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan airbersama daun pandan.masak atas api kecil hingga gula larut.s ejukkan sebentar. satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang 1 cawan air kapur.gaul rata. kemudian tuangkan air gula yang telah sejuk tadi.gaul hingga sebati. tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah disapu dengan sedikit minyak. kukus 10 minit atau hingga masak,bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya. hidang bersama kelapa parut yang telah dikukus tadi.

7 comments:

QiStinA's said...

yatt..sedihnye... sama2 le kite miss kat mak kite kan...tp lompang u nampak sedap tul...teringin nak buat ..tapi takde acuan le...

hana said...

huwaaaaaa...list nih mmg dh lama tp sampai skrg tak buat2! geram pulak nengok yatt dh buat!

ain said...

kuih ni pun one of my favorite. lg2 klu byk kelapa..sedapp!

princessharyati said...

moi-guna apa2 acuan yg bulat asai tahan waktu rebus. try le nanti, nanti yatt nak try versian mcm maria ckp guna santan mesti lemak giler
hana-buat2 jgn tak buat nnti mengidam takleh lena tido oOOoo
ain-ialah ini kan kuih2 melayu.. mmg sedap..yatt guna kelapa kering jek.taw..kureng..hehhee

Noorma Ismail said...

Ada sekali buat lompang ni, tapi fail, lepas tu tak pernah buat lagi...kang rugi plak bahan2..tong sampah jer yg kenyang

nor said...

yatt...lamanya nor tak mkn kuih ni..pernah buat jadi keras la yatt...sedap ni...

princessharyati said...

noorma-try buat setgh adunan jek tak byk tu heee buat version santan
nor-buat2 kukus sat jek