Tuesday, March 17, 2009

LEMPENG MENTEGA



semalam lepas dinner, belik blog kekawan, terjumpa resepi best dari blog Nor-Dubai - kawan baik yatt ni masa kat dubai , moi and zaiy too.. miss u all ...
hus kata u tak buat dessert ke?.. yatt diam je... pi dapur try resepi nor.. simple dan sedap makan dengan maple syrup nyum2...
p/s; nor, kekadang i pun resepi simple rujuk kat buku gak hehhehheee....

LEMPENG MENTEGA

BAHAN-BAHANNYA:

250 gm tepung gandum
2 biji telur
300ml susu segar
Sedikit mentega
60 gm gula



CARA MENYEDIAKANNYA:


1) Ayak tepung supaya tidak berketul-ketul. Proses mengayak tepung ini penting utk mendapatkan adunan lempeng yg halus, Ketepikan tepung yg sudah diayak tadi.
2) Masukkan telur bersama 1/2 bhgn susu. Pukul adunan tadi sehingga kembang.
3) Masukkan gula (garam) dan pukul lagi. Selepas gula (garam) larut, tuangkan tepung yg sudah diayak sedikit demi sedikit. Kacau perlahan supaya adunan menjadi sekata dan sebati.
4) Campur baki susu segar ke dalam adunan dan kacau perlahan2. Setelah semua bahan di masukkan, biarkan adunan sebentar.
5) Ambil kuali leper (non-stick) panaskan. Sapukan permukaan kuali dengan marjerin.
6) Tuangkan 1 senduk adunan ke dalamnya. Ratakan dan balik-balikkan sehinggan lempeng menjadi kekuningan. Ulangi sehingga adunan lempeng habis.
7) Hidangkan bersama mentega dan madu.

3 comments:

Suzi said...

lempeng pun sedap juga...
lagi menyelerakan bila tersusun cantik mcm tu...

QiStinA's said...

amboi lempeng casa qusais, dubai dah sampai rauma, finland le...tak leh jadi...kena balik dubai singgah oud metha nie..he..he

princessharyati said...

suzi- bab susun tu yatt main letak je hehee.e..

moi-hhehehe moi pusing pusing lempeng ini ke sana ke mari hahaaa