Sunday, March 8, 2009

MAUDLIDUL RASUL - MARI KITA BERSELAWAT KE ATAS NYA




Satu nukilan dari "asy-Syifa`" karya Qadhi 'Iyadh al-Yahsubi, sebuah atsar yang dinisbahkan kepada Sayyidina Abu Bakar ash-Shiddiq r.a. yang menyatakan:-

الصلاة على النبي صلى الله تعالى عليه و سلمامحق للذنوب من الماء البارد للنارو السلام عليه افضل من عتق الرقاب

Ucapan sholawat ke atas Junjungan Nabi s.a.w. dapat memadamkan yakni menghapuskan dosa lebih daripada air sejuk memadamkan api. Ucapan salam kepada baginda lebih afdhal daripada memerdekakan hamba sahaya.

shalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam bukan hanya persoalan ibadat tambahan yang mungkin dianggap sebagai suatu amalan sunat; kalau dibuat dapat pahala, kalau ditinggalkan tidak berdosa. Sebenarnya kedudukan shalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam itu adalah merupakan rangkaian daripada iman dan islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya bershalawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam), wahai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya”.

2 comments:

Aymy with love said...

saallah a'lai muhammad saallah a'lai wassalam...

saallah a'lai muhammad saallah a'lai wassalam

ain said...

Marilah kita sentiasa berselawat ke atas junjungan kita.