Saturday, April 25, 2009

KEK MADU KEMENYAN



lagi resepi dari kak dayang , terima kasih kak dayang kerana berkongsi resepi ini.

KEK MADU KEMENYAN

Bahan A

1 1/2 gelas tepung
1 sudu ovallate
1 sudu esen vanilla
1 gelas Gula pasir

pukul telur sehinggan kembang masukkan ovallate, vanila gula pasir pukul dan akhir sekali masukkan tepung.

Bahan B

10 biji kuning telor
1/2 gelas gula pasir( di pukul hingga kembang)-
Masokkan butter 8oz pukul hingga kembang lg-
Masokkan 1 botol kecil Golden Syrup
- 1 gelas tepung marie ( biskut marie yg di kisar menjadi tepung)
- 1/2 gelas serbuk koko
- 1/2 gelas tepung gandum
- 1 gelas horlicks
- 1 camca kecil browning- kacau rata2 & sebati

Sesudah menjadi 2 bahagian, selang selikan adunan seperti di dalam gambar. atau mengikut kesukaan masing2 nak mencorak. Sesudah di selang selikan, Tutup loyang dengan plastik ikat ketat dengan tali rafia utk elak air kukusan masuk.
Kukus adunan di dalam loyang 8x8x3". Kukus selama 4 jam

4 comments:

Suzi said...

waaah...kena kukus 4 jam...mesti sedap ni....
buat masa ni kebarangkalian nak buat tu tipis kot hihihi...(nmpk sgt malas)

anawahid said...

yat, nmpk moist kek tuh, tp dgr nama cam seram la pulakkkk... hehe

ain said...

yatt..apasai nama kek tu kemenyan..takut weii!!

princessharyati said...

suzi- yatt buh setengah adunan so kukus pun 2 jam lebih jek..

ana-nama tu no komen kene taya org sarawak nii kikiii

ain- apa kata kita beramai-ramai panggil kek ni kek madu k atau lebih sedap lagi kek madu dato k hahahhahhahah