Wednesday, April 8, 2009

VADEY / VADAI

blog kawan yatt zaiy-dubai ini rajin buat vadey, last week yatt buat vadey bawa pi umah kawan hus kat pori, ada makan-makan kat sana... single man from afganistan.. masak super beb... resepi dari zaiy



Vadai

Bahan-bahan:

3 cawan kacang dal - cuci, rendam 4-6 jam, & ditoskan
2 cawan bawang besar dipotong dadu
1 sudu serbuk kari
3-4 tangkai daun ketumbar -dihiris halus
2-3 tangkai daun kari - dihiris halus
4-5 tangkai cili kering -rendam, buang biji, potong halus
1 /2 st jintan manis ikut suka -ditumbuk kasar
garam secukup rasa

minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

Kacang dal yg telah direndam dibahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dikisar halus, campur sikit je air semasa mengisar, jangan terlebih nanti susah nak membentuk kuih ni.Satu bahagian lagi yang tinggal itu tak perlu dikisar.Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak dlm bekas, gaul rata.Buatkan bentuk bulat dan tekan supaya leper. Jangan buat tebal2 nanti kurang rangup tak sedap pulak. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan atau garing.

3 comments:

adad said...

neyy teh tarik setengah gelas..

akekekeke

kalo makan vadey ni terasa cam duduk kat india tak??

princessharyati said...

hehheheh jiya - kak yatt rasa mcm pakai baju sari ala rani murkarjii..ehhehhe mkn di samping shahrukh han

ain said...

hello rani murkarji...nak sikit vadai. kat sini I sorang je yg pulun, so maleh le nak buat.