Monday, May 4, 2009

MARBLE CHEESE BROWNIES



cuti 3 hari best ye... semperna hari buruh sedunia... finland pun cuti jugak yang best ye semua cuti - supermarket pun tak bukak..hampahhh... memang lah tak tau nak buat apa.. dah lah duk kat hutan... kan... tengok je lah fork duk main lari-lari kat belakang umah tu....

tapi yatt suka hati betul tau, sebab yatt ada temamu VVIP dari helsinki.. nak tahu sapa.. cek de sam (siti samsena) . sungguh bertuah betul rasa hati bila siti dan sekeluarga sudi datang ke rumah yatt yang kekampungan tu hahha... anak -anak dia baik sungguh lawa-lawa dan hensem pulak tu...
yatt pun berbual panjang lah dengan ct, dia kata kelmarin dia buat Marble cheese brownish untuk jamuan student finland.. habis...! resepi rinchan katanya , pakcik mat pun ada buat, so yatt terjah umah pakcik mat gebu untuk tengok cara-cara buat brownies nii.. so ini brownies untuk hari ni punya.. kikiiii...

MARBLE CHEESE BROWNIES

BAHAN BROWNIES :-)

250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B

1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*
(*digaul rata dan diayak)

1 camca teh esen vanilla

BAHAN CHEESE :-)

250 g cream cheese
1 cawan gula halus
1 biji telur gred B

CARA MEMBUATNYA :-

Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.

UNTUK BROWNIES :-

Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.

UNTUK CHEESE TOPPING :-

Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 masak.

note; simpan brownies ni dalam peti sejuk selama 45 minit hingga 1 jam, tujuannya, bila kita potong, ia akan menghasilkan potongan yang cantik dan licin...

8 comments:

ain said...

ayoyooo yatt..manyak sedap maaa!!! I pun ada gak plan nak buat. brg2 pun dh beli mggu lepas..tp angin malas tgh melanda..adoiii!!!

Aymy with love said...

k yatt, tu la lalu lalang tgk brownies nie.. geram tull... hati ni dah meronta nak wat.. tp lum rajin agi.. ekeke...

hasni said...

sedapnya kak yat..

hasni said...
This comment has been removed by a blog administrator.
princessharyati said...

ain - buat cepat2 memang sedap sesgt

aymy- marble cheese wajib try pd sesiapa yg suka brownies

hasni- jom mkn.. bismillah ehhehehhe

QiStinA's said...

alamak yatt..bertambah lagi list recipe yg nak dicuba nie... mcm dah terasa je brownies tu masuk mulut..ha..ha

Jun said...

hmmm,yatt...sedap eh brownies ni? nak kna masuk list dulu la...jun dah masuk umah yatt ni byk kali tp c.box asyik ilang aje..hehe...

princessharyati said...

oo ye ke hilang..magic2