Wednesday, May 6, 2009

TELUR ASIN buatan sendiri

buatan sendiri. senang dan mudah.. yatt peram telur ayam ni selama 17 hari baru jadi macam ini. kikii berjaya..




TELUR ASIN


10 biji telur (telur ayam berkulit putih)
2 cawan garam (yatt guna garam biasa )
air secukup nya


rebus garam dengan air selama 15-25 minit , sejukkan , baru masukkan di dalm bekas bersama telur tadi, peram selama 15-17 hari. semua telur mesti hendaklah terendam dalam air masin. Rebus sebiji telur dulu untuk menguji tahap kemasinan telur. Bila sudah menjadi, kuarkan semua telur asin tadi dan boleh di simpan di dalam peti ais.
p/s: yatt guna telur ayam berkulit putih sebab kulit ye nipis than satu lagi yatt selalu dalam 2 hari sekali 'kucai' telur perlahan-lahan sebab garam ada mendap di bawah. Last but not list yatt letak plastik (dalam plastik yatt letak paper) kat atas telur supaya telur tu semua terendam dengan air masin.

4 comments:

ain said...

bak sini sepapan!!

Suzi said...

sedapnya telur asin...pembuka selera gak tu....

kucingorengemok said...

kalau sebenar²nya org pakai telur itik, ye?

princessharyati said...

ain - ok set 10.00 euro utk satu papan k kikikiiiii

suzi - memang untuk pembuka selera

kucingorengemok - adoii panjang ye nama.. ye betul selalu orang guna telur itik.. kat sini(finland) yatt tak tau nak cari telur itik.