Saturday, April 21, 2007

SOTONG GORENG KENTANG


Sotong Goreng Kentang by nonaharyati;

Bahan-bahan;

5 ekor sotong (di potong bulat bulat)
3 biji kentang ( dipotong halus halus)
Sedikit serbuk kunyit
1 biji bawang besar (dimayang halus)
1 inci halia (dimayang halus)
3 biji bawang putih (dimayang halus)
3 biji cili padi (dipotong kecil-kecil)
4 sudu besar osyter sos
1 1/2 sudu besar kicap cair
4 sudu besar air masak
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (yang telah dikisar)

Cara-cara;

Gaulkan sotong dan kentang bersama kunyit dan sedikit garam di dalam bekas yang berasingan. Panaskan kuali gorengkan kentang dulu sehingga kekuningan. Angkat kemudian masukkan sotong, goreng selama 2-3 minit masukkan bawang putih, cili padi dan halia. Kacau sehingga sebati masukkan osyter sos, kicap cair dan air. Kacau lagi. akhir sekali letak bawang besar secubit garam (jika perlu) dan lada hitam. Angkat. Siap untuk di santap.

1 comments:

jun said...

tgh pk nak masak ape ari ni...lalu umah yati ni nampak lak sotong ni..leh try ni..hehehe....