Saturday, April 21, 2007

TELUR IKAN GORENG SPECIAL


Telur ikan goreng special by nonaharyati

Bahan-bahan;

4 butir telur ikan ( tak kira apa jenis tapi kene besar)
1 biji bawang besar (dimayang halus)
4 biji cili padi (cili kering juga boleh diguna)
1 tangkai daun kari
1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil ginger powder
1 sudu kecil garlic powder
2 ulas bawang putih (dimayang halus)
1 inci halis di mayang halus
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Secubit garam

Cara-cara;

Satukan rempah kurma, rempah kari, ginger powder, garlic powder, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan sedikit garam ke dalam sebuah bekas. Ambil telur ikan tadi lumurkan dengan campuran bahan tu tadi dengan rata. Panaskan minyak, gorengkan telur ikan tadi sehingga kekuningan. Angkat. Kemudian di dalam kuali yang sama, masukkan daun kari , bawang putih, cli padi, goreng sehingga naik bau kemudian masukkan bawang besar dan telur ikan yang di goreng tadi. Gorenglah selama 2-3 minit sahaja. Angkat. Siap untuk disantap.

1 comments:

Jun said...

hmm...telur ikan ye...fav hbby n kids ju ni...sedapnyer..lama x masak nih...