Friday, September 21, 2007

AGAR AGAR KERING


lagi resepi bonda kesayangan..
ada berani???...Ini pertama kuih untuk hari raya..
kalu kat sini nak buat jual pun boleh maklumlah cuaca tu panas sepanjang hai kecuali malamlah.... jemur seminggu dah jadi.. seronok nye hati i ini.. kan.. maklumlah tak pernah buat agar2 kering ini... tapi orang sini tak tau nak makan kuih nilah.. jadi i jelah yang i balun nanti.. i sudah dekat setahun tak jumpa hujan kat sini tau, .. oklah untuk yang bercuaca sejuk tu jangan kecewa sangat hati tu.. banyak lagi jenis2 kuih dan biskut raya untuk juadah di pagi raya nanti ( khas untuk noreen UK dan kawan yang duk jepun ke, swiss ke dan ireland ke dan sewaktu dengan nya tu)

AGAR AGAR KERING BONDA

Bahan-bahan;

Bahan A;

agar-agar kering
daun pandan
gula pasir
gula batu
air

Cecair warna yang di gemari

Cara-cara;

Masak ke semua bahan A sehingga sebati dan mendidih, letakkan perwarna. Sejukkan sebenar, masukkan di dalam loyang 4 segi supaya nanti senang hendak di potong bila sejuk nanti. Susun cebisan agar2 tadi di dalam dulang besar dan jemur sehingga kering. apabila jemur pastikan dulang di tutup dengan kain nipis, mengelak dari habuk dan sebagainya.

3 comments:

jo ayee said...

sekakrang ni takleh nak masuk ke myworld ke...asyik try beribu kali..tak leh pun..:(

Mat Gebu said...

gelas tu lawa beno...siap ada emas lagi u kan birai dia....

princessharyati said...

jo .. tengah dlm maintenance..nanti kalu dah siap. i buka balik gambar dlm myworld tu.. ok. tunggu
cik mat tu jek yg ada.. takbleh byk2 sb nanti susah nak blik mlysia...bawa brg byk2