Saturday, September 22, 2007

LAKSAM (KELANTAN)



resepi salinan dari MR-yani.

LAKSAM

Bahan-bahan;

3 cawan tpg beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam

bahan kuah:

Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
halia
bwg putih
bwg merah/besar
lada hitam/serbuk lada hitam
Santan
Asam keping
garam
Sedikit gula merah/gula

Bahan ulam ;

timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)

sambal cili;

cili merah
belacan
garam
limau

Cara-cara ;

Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

0 comments: