masa tengah ym dengan ex college, imma bg tau yg mak dia tengah goreng bihun hailam.. aduhhh teringat masa student2 dulu mak dia selalu hantar bihun hailam kt bilik kitaorang , i n imma ni roomate tau.. so i very lucky , dah lah dapat makan free, sedap pulak tu .. pastu i ni cepat2 mintak resepi mak dia tu... ringkas dan sedap.... cchinese sytle katanya.. thanks to my lovely friend imma (MARHAMAH DAN SEKELUARGA)
BIHUN HAIHAM
Bahan-bahan;
Bihun yang di rendam
Daging di rebus dan di potong halus2
udang
bawang putih di tumbuk halus
lada hitam yg di tumbuk halus
perencah udang
Bahan A;
Kicap biasa
kicap cair
kicap manis
Sos tiram
Kubis
Bahan tabur;
Bawang goreng
Daun bawang
TimunCara-cara;
Panaskan minyak di dalam kuali ( i campurkan sesudu besar minyak bijan dengan minyak biasa), gorengkan daging dan udang, angkat, kemudian masukkan bawang goreng , goreng sehingga kuningan masukkan lada hitam, bahan A, masukkan sedikit air rebusan daging dan perencah udang serta daging dan udang yang telah di goreng tadi. Kemudian boleh lah masukkan bihun, kubis serta sedikit garam dan serbuk perasa, angkat dan hiaskan bahan tabur di atas. Siap untuk di hidang.
2 comments:
Mudah dan nampak sedapkan...nak tanya lah, perencah udang tu macam mana gaya dan rupa paras dia yeaa...?
perencah udang tu mcm serbuk tumis sayur mcm tu.. ada iblis, ada ayam.. ada udang mcm tulah..cik mat.. kalu takde guna udang hidup tu goreng banyak2 pastu pakai minyak yg sama masa nak goreng bihun tu
Post a Comment