Wednesday, September 26, 2007

KUIH PUTERI AYU


untuk ramadan ke 14 ini, kuih puteri ayu menjadi santapan sekeluarga.. qall yang comel pun tumpang makan sekali.

KUIH PUTERI AYU

Bahan-bahan;

270 gm tepung gandum
1 sudu besar tepung kanji
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk
1 sudu besar jus pandan
3 biji telur
240gm gula
Kelapa parut (muda) di gaulkan garam

Cara-caranya:

Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

0 comments: