Saturday, September 22, 2007

CENDOL ASLI


Terima kasih pada siti mariam kerana berkongsi resepi cendol ini. Resepi ni pun salinan dari MR. Memang menjadi.. dan senang nak buat. Tapi rupa tak seberapa sebab acuan tak de. Yang penting bagi i , Sedap macam rasa beli dekat pasar malam atau kat pasar ramadan tu. SUPER!!!

CENDOL ASLI

Bahan-bahan;

1 cawan tepung beras
3 cawan air pandan
secubit garam
1 sudu kecil air kapur
sedikit pewarna hijau (option)

Cara-cara;

Cendol; masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat ., kacau selalu supaya tidak hangit , sediakan bekas yang berisi air sejuk , masukkan cendol ke dalam acuan muruku dan tekan ke dalam air sejuk , kalau tak ada acuan muruku tekan di atas senduk yang berlubang , simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais....




Untuk campuran cendol;

Santan (di tambah dengan garam skit)
Air gula merah/gula melaka (yang pekat)

Cara-cara;

Letak cendol ke dalam cawan, letak gula merah dan di ikuti dengan santan.
Santan hendaklah di perah dengan air suam (air yang telah di masak)

1 comments:

Nong Andy said...

salam tuan rumah.. bleh saya copy paste resepi cendol asli ni tak?