lauk pembuka selera... dah tengah-tengah bulan puasa ni lauk lain dah tak berapa nak sentuh sangat.. lauk ini gak yang murah dan sedap di makn.. selera sungguh...
IKAN MASIN MASAK ASAM
Bahan-bahan;
isi ikan talang masin
air asam jawa
cili kering di gunting kecil-kecil
bawang merah di mayang halus
bawang putih di mayang halus
halia di mayang halus
cili api di potong menyerong
garam (jika perlu)
gula hanya sedikit je
Cara-caranya;
Goreng ikan talang masin yang di potong kecil sehingga kuning keemasan. Angkat. kemudian goreng pula bahan lain di atas sehingga kuning, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan ikan masin tu semula masak seketika dan angkat. Siap.
0 comments:
Post a Comment