bangganya dapat buat caramel pudding cake ni.... sedap mengancam habis, .... i ubah suai sedikit resepi asal.. kek (untuk lapisan bawah caramel) tu, i buat kek span oren... sedap..memang kene, makan dengan caramel di atas tu.. lupa nak bagitau, resepi asal dari Yani-MYR. Thank you very very muchhhh..superrr...i bagi ni 4****
CARAMEL PUDDING CAKE
Bahan-bahan ( 20cm );
Caramel ;
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Pudding ;
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
500ml susu segar
70g gula
sedikit esen vanila
Oren span cake;
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
60g gula halus
2 biji telur
20g mentega- dicairkan
1/2 sudu kecil cream of tartar
Parutan oren
perasa oren
Cara-cara ;
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
Sediakan Caramel ; Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan Pudding; Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih. Tapiskan adunan puding ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span; Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi , parutan oren , perasa oren, sehingga jadi bentuk krim. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati. Ayak tepung ke dalam adunan tadi. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
(adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
2 comments:
Yat..akak dh buat puding ni ptg td.. mmg sedap sbb ada perasa oren dlm span kek tu... tp akak punya loyang besar.. tu sbb kek dia jd nipis je...
kak.pah dah masukkan dalm k.pah punya blog ke/..sedapkan..kek oren di gandingkan dgn caramel tu mmmm....
Post a Comment